Sabtu 25 Okt 2014

Kursus Pendek

MAKLUMAT AM

Sinopsis Kursus Pendek:

  • Memberikan pendidikan dan latihan kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk meningkatkan kualiti hidup.
  • Memberikan latihan kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan mutu kerja.
  • Memberi pendidikan sepanjang hayat kepada lapisan masyarakat yang berminat melalui program yang fleksibel dan mudah akses.


Kumpulan Sasaran:

  • Lepasan sekolah/penganggur
  • Suri rumah
  • Pekerja industri/swasta/awam
  • Bekerja sendiri
  • Pesara
  • Pertubuhan Bukan Kerajaan
  • Warga Emas (55 ke atas)

 

Prospek Latihan:

  • Peserta kursus diharapkan akan dapat menguasai kemahiran dalam kursus yang disertai agar boleh membantu meningkatkan mutu kerja dalam kehidupan masing-masing.
  • Latihan akan dapat menyediakan pengetahuan asas dalam memilih kerjaya yang sesuai samada bekerja sendiri atau bekerja dengan majikan.

 

INFO KURSUS


Tempoh Kursus:
Bergantung kepada jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak Kolej Komuniti Kuching.

 
Kaedah Pembelajaran:
Pembelajaran kursus pendek adalah berpandukan konsep 'hands-on' di mana peserta mempunyai peluang untuk menjalankan kursus secara praktikal mengikut bidang kursus. Kebanyakkan kursus ini dilakukan di luar waktu bekerja.

 
Tempat Kursus:
Tempat kursus bergantung kepada kesesuaian kursus samada di Kolej Komuniti Kuching atau mana-mana premis luar yang disyorkan atau dipersetujui bersama.

 
Permohonan:
Permohonan boleh dibuat melalui kolej yang menawarkan kursus pendek sama ada secara individu atau berkumpulan. Permohonan secara berkumpulan adalah digalakkan dengan menulis surat beserta senarai nama peserta atau berhubung terus dengan penyelaras kursus pendek melalui talian telefon atau emel tertera. Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian di ePSH. Bagi pengguna telefon mudah alih Android, anda boleh memuat turun aplikasi CC Smart di play store untuk permohonan kursus pendek secara mobile.

 
Pensijilan:
Peserta kursus pendek akan diberikan Sijil Penyertaan setelah berjaya menamatkan tempoh kursus dengan jayanya.

 

MAKLUMAT YURAN

Bayaran:

  • Bayaran kursus dikenakan adalah sebanyak (RM5 - RM20).
  • Warga emas dan OKU adalah dikecualikan daripada bayaran yuran.
  • Bayaran pelbagai akan dikenakan mengikut jenis kursus tidak melebihi RM30.

 

Jam Kursus dan Yuran:
Berikut adalah maklumat yuran kursus pendek:

  • Warganegara = RM20.00
  • Warga Emas & OKU = Percuma

Tertakluk kepada pindaan/perubahan dan yuran-yuran tersebut tidak termasuk yuran untuk makan, nota, bahan pengajaran dan lain-lain. Warga Emas dan OKU tidak dikenakan sebarang yuran.

 

SOALAN LAZIM

Berapa lamakah tempoh pengajian bagi kursus pendek?
Tempoh kursus pendek adalah bergantung kepada tempoh kursus tersebut dijalankan.


Bagaimanakah cara perlaksanaan kursus pendek?

Ianya dijalankan hujung minggu (8.00pg - 6.00ptg).


Siapakah yang layak memohon kursus pendek?
Terbuka kepada semua warganegara MALAYSIA dan tiada had umur (boleh membaca dan menulis). Kedua-dua program/kursus ini terbuka kepada  semua golongan masyarakat komuniti, pekerja, pelajar, pesara, warga emas, suri rumah, lepasan sekolah dan lepasan universiti.


Berapakah jumlah yuran yang dikenakan untuk mengikuti kursus pendek?

Berikut adalah maklumat yuran kursus pendek:


Warganegara = RM20.00
Warga Emas & OKU = Percuma

*Tertakluk kepada pindaan/perubahan dan yuran-yuran tersebut tidak termasuk yuran untuk makan, nota, bahan pengajaran dan lain-lain. 


Adakah peserta akan diberikan sijil setelah tamat mengikuti kursus?

Ya, sijil akan diberikan kepada setiap peserta yang mengikuti mana-mana kursus yang ditawarkan.


Berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan sijil?
Kebiasaanya pihak Kolej Komuniti Kuching akan menyerahkan sijil kepada peserta dalam tempoh satu minggu selepas tamat kursus.


Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat kesalahan ejaan atau no kad pengenalan pada sijil yang saya terima?
Sila catatkan pembetulan pada sijil berkenaan dan serahkan semula kepada pihak kami. Tempoh penyerahan semula sijil adalah dalam masa satu minggu.

 

Bolehkah kursus pendek dijalankan diluar kawasan kampus Kolej Komuniti Kuching?
Boleh, bergantung kepada permintaan peserta serta bersesuaian dengan kursus yang hendak dijalankan.

 

Bahasa

Malay Chinese (Traditional) English

Kursus Pendek